Portal Elektronik Komen & Aduan (PEKA)

Sistem ini mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan dan pertanyaan
mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan di UPNM.

Soalan Lazim

1) Adakah pengadu boleh membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama sebenar, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

2) Adakah pengadu boleh mengemukakan aduan tanpa memberi nama dan maklumat untuk dihubungi?

UPNM menerima aduan tanpa nama atau whistleblower. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dan terperinci dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan UPNM menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat dan nombor telefon untuk membolehkan kami menghubungi dan melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

3) Adakah pihak selain warga kampus boleh mengemukakan aduan?

Sekiranya pengadu adalah kategori dikalangan bukan warga kampus, orang awam ataupun agensi luar. Anda boleh mengemukakan aduan melalui sistem SISPAA yang boleh dicapai melalui Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi di https://mohe.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau melalui emel, telefon, hadir sendiri, menulis surat atau faks.

4) Adakah UPNM berhak menolak aduan yang dikemukakan oleh pengadu?

UPNM berhak menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap, maklumat untuk dihubungi adalah palsu dan tidak dapat dihubungi, aduan yang berniat jahat, berbentuk ugutan atau ancaman provokasi , aduan bersifat permaslahan peribadi dan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat dan lucah.

5) Apakah maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan UPNM menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu UPNM siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki. Maklumat yang diberikan perlulah berasas dan berkaitan dengan kes aduan.

UPNM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.

Hubungi Kami

Necessitatibus eius consequatur ex aliquid fuga eum quidem sint consectetur velit

Alamat

Kem, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

No Telefon

03-9051 3400

Alamat Emel

kualiti@upnm.edu.my